Wednesday, June 17, 2009

Kaitan kasut dengan kesihatan kaki wajar diberi perhatian

SETIAP kali seorang wanita hendak membeli sepasang kasut, tidak menghairankan jika beliau akan mencuba berpasang-pasang kasut sebelum memilih sepasang yang berkenan di hatinya.

Ini kerana selain fesyen dan warna kasut menjadi pertimbangan, keselesaan kasut itu juga selalu diambil kira.

Namun, ada satu lagi perkara yang perlu diperhatikan wanita semasa membeli kasut iaitu kebaikan kasut itu dari segi kesihatan untuk kakinya.

Sebagai anggota badan utama yang menanggung seluruh berat badan ketika berjalan, kaki perlu sentiasa dalam keadaan sihat dan kerana itu kasut yang dipadankan dengan kaki hendaklah yang benar-benar selesa dan baik untuk kaki dan seluruh tubuh.

Sehubungan ini, seorang pakar podiatri iaitu pakar bidang penjagaan kesihatan kaki, Encik Adam Jorgensen, menarik perhatian bahawa bagi wanita, kasut yang ideal untuk mereka bukanlah jenis yang leper, tetapi bertumit.

KASUT BERTUMIT

'Kasut yang bertumit sedikit setinggi satu hingga dua inci (2.5 hingga 5 sentimeter) adalah ideal untuk keselesaan wanita kerana jika kasut itu terlalu leper, ia memberi tekanan kepada otot-otot dan buah betis.

'Dan jika terlalu tinggi, ia memberi tekanan pula kepada belakang badan dan pelvis (bahagian tulang besar di punggung),' jelas Encik Jorgensen yang juga presiden Persatuan Podiatri Singapura dan mengendalikan beberapa klinik penjagaan kaki dipanggil, Foot Practice.

Beberapa perkara lagi yang harus diperhatikan wanita apabila membeli kasut, katanya, ialah kemantapan kasut itu. Dalam hal ini bahagian belakang kasut itu, jika ia jenis kasut tertutup di belakang, haruslah keras sedikit, bukan lembik, untuk memantapkan kaki apabila berjalan.

Seluruh kasut itu juga tidak harus terlalu lembik hingga ia mudah diputar. Untuk mengujinya, putarlah kasut di bahagian tengahnya. Ia harus keras sedikit.

Bahagian depan kasut di jari-jari juga haruslah cukup lebar untuk keselesaan, tambahnya.

Encik Jorgensen memberikan panduan memilih kasut bagi wanita ini di acara pelancaran satu rangkaian kasut baru Scholl bertumit untuk wanita baru-baru ini.

Kasut-kasut tersebut mempunyai apa yang disebut sebagai sistem alas kasut gel-active yang membuat kasut lembut di tapak kaki, lantas mengurangkan tekanan pada tapak kaki semasa berjalan.

Sistem alas kaki gel-active ini disediakan di bahagian tumit dan ini membuat kaki kurang terasa lenguh ketika berjalan - masalah yang biasa dihadapi wanita ketika memakai kasut tumit tinggi semasa bekerja atau membeli-belah.

Selain itu, ia mempunyai teknologi alas kaki 3D iaitu rekaan yang membuat kaki terpelihara tanpa menjejas fesyen kasut.

Dengan teknologi ini, dalaman kasut mempunyai kusyen di bahagian lekuk kaki, tumit dan bola kaki di depan.

Cik Christy Soh, pengurus negara bagi syarikat Scholl Singapura berkata: 'Sering kaki wanita terasa amat sakit selepas berjalan berjam-jam memakai kasut tinggi.

'Oleh yang demikian, kami sangat teruja melancarkan kasut-kasut baru ini yang selesa lagi menawan dan akan mendorong wanita memakai kasut tinggi dan membuat mereka kelihatan lebih sensual dan seksi.'

Kasut-kasut dalam siri disebut Scholl Contemporary Footwear itu disasarkan kepada wanita berusia 25 hingga 35 tahun dan boleh terdapat di pusat-pusat beli-belah Takashimaya, Metro, Isetan dan OG dengan harga $120 sepasang.

Scholl ialah jenama kasut dari United Kingdom dan diasaskan oleh Dr William Scholl, 105 tahun lalu.


Tuesday, June 2, 2009

Documentary a threat to Gucci

Yann Arthus-Bertrand (left) mixes stunningly beautiful natural landscapes with a critical monologue about human consumption. -- PHOTO: AFP

LOS ANGELES - A NEW film about human excess and its impact on Earth's fragile ecosystem debuts on Friday, marking an unusual risk for its financial backer, one of the planet's biggest retailing conglomerates, France's PPR SA.

PPR, the maker of Gucci leather handbags and Puma shoes, paid 10 million euros (S$20.55 million) of the 12 million euro production budget to create 'Home', a documentary that will debut in 127 countries on June 5, World Environmental Day.

In it, filmmaker Yann Arthus-Bertrand mixes stunningly beautiful natural landscapes with a critical monologue about human consumption, along with aerial footage of man's destructive footprint on the planet.

His eye swerves from the African plains to a sea of plastic-topped vegetable greenhouses in Spain and 'concentration camp-style cattle farms' where the narrator says 'not a blade of grass grows'.

Oil-rich and development-crazy Dubai gets a special mention as a 'new beacon for all the world's money' and is criticized for having endless sun but no solar-powered electricity.

PPR co-financed the production with French public broadcaster France 2 and the Qatar Foundation.

PPR Chief Executive Francois-Henri Pinault, whose family controls the company, insisted the film be given away for free to distributors. As a result, it is being shown at discounted rates in some theaters, for free in open-air screenings, on YouTube and 80 TV channels, and sold, sometimes at a discount, on DVDs around the world.

In the United States, the film will be run on the National Geographic Channel on Friday and released on home video by News Corp's 20th Century Fox.

National Geographic Channel spokesman Russell Howard said the network will run ads and collect revenue during the screening, but it bumped programming on its popular Friday night when it usually reaches about 3 million people. -- AP